Thursday, October 6, 2011 @ 10:51 PM // [1 letters]
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum evelibadi :] this night i'm feeling like rajin semacam nk join contest yang dianjurkan oleh NHA. Semua orang kenal dia kan ? so tak payah banyak cakap , let's see the rules and start .
I will choose the first section because its easy for me. Lagipun sya memang tak pandai nk buat header made ni semua. Seriously ;/ Saya dah lama jadi follower Hanis Anasa actually. so syaa just type what i want to type. Here we go.
Syasya Syakirah berasa bangga apabila menerima pujian daripada gurunya kerana memperoleh markah tinggi dalan ujian Matematik tempoh hari. Dia berpendapat bahawa kawan-kawannya tentu iri hati pada dirinya. Tetapi, pendapat Syakirah sebenarnya meleset. Kawan-kawannya tahu bahawa dia tidak jujur dalam ujian Matematk yang lalu. Dia telah meniru buku rujukan sewaktu ujian itu dijalankan.
Sebagai kawan baik Syakirah, Hanis Anasa menasihati Syakirah supaya mengubah sikapnya. Hanis menasihati Syakirah supaya berusaha untuk memperoleh kejayaan. Perbuatan itu seolah-olah menipu dirinya sendiri. Walaubagaimanapun, teguran sahabat baiknya itu menimbulkan kemarahan Syakirah. Dia meminta Hanis supaya tidak mencampuri urusan peribadinya.
Sikap Syakirah semakin menjadi-jadi. Setiap kali ujian Syakirah pasti meniru buku rujukan. Oleh sebab itulah, dia sentiasa memperoleh markah yang tinggi dalam semua matapelajaran. Kini, nama Syasya Syakirah dikenali di kalangan guru-guru dan tidak lekang lagi namanya di kalangan pelajar-pelajar kerana bagi mereka Syakirah seorang pelajar yang paling cemerlang.
Melihat Syakirah yang tidak berusaha untuk mengubah sikapnya, Hanis akhirnya mengambil keputusan untuk memberitahu perkara tersebut kepada guru kelas mereka, Puan Suriya. Hanis tidak mahu Syakirah, sahabat baiknya itu menyesal di kemudian hari. Guru kelas mereka berasa terkejut apabila mendengar apa yang disampaikan oleh Hanis. Puan Suriya berjanji akan menyiasat perkara ini.
Syasya Syakirah ditangkap ketika sedang khusyuk meniru buku kerja dalam ujian Kemahiran Hidup setelah disiasat oleh Puan Suriya. Dia berasa sungguh malu dek kejadian itu. Setelah dinasihatkan oleh gurunya, barulah dia menyesal. Dia berjanji akan mengubah sikapnya dan belajar bersungguh-sungguh. Syasya Syakirah juga bersyukur kerana mempunya sahabat baik seperti Hanis Anasa.
p/s : Cerita ini hanya rekaan semata-mata oleh pengarang termashur. haha. Tiada unsur mengutukmemperli dan sebagainya.
In the name of Allah, The most gracious, The most merciful
Full Biography
• Im Kie.
• Live in Malaysia and proud to be MALAYSIAN.
Pertama dan selamanya aku berterima kasih kepada-Nya kerana memberi ruang dan peluang untuk membuat ruangan ini. Aku hasilkan blog sebenarnya untuk berkongsi ilmu, mencari ilmu dan mengeratkan ukhuwah dan agar suatu hari nanti aku dijemput malaikat maut untuk menghadapNya blog yang sarat dengan perkongsian yang bermanfaat ini dapat sekurang-kurangnya mampu membantu aku di sana. Aku cuma ingin pahala ini terus mengalir menjadi saham akhirat untuk aku. Hanya itu. Biarlah aku lelah kerana ini semua Lillah. Untuk kamu dan kamu terima kasih sudi singgah. Tajdid niat itu. Aku mohon tegur salah dan silapku dengan berhemah dan berhikmah kerana aku juga manusia biasa seperti kamu yang banyak khilaf dan kekurangannya. Semoga blog ini bermanfaat bagi kamu. InshaAllah. Salam ukhuwah fillah.