Mcjellyz



Hi! Thank you by stepping here :)
Engineer to be, On Allah wills.
 Ummah are here

facebook twitter ask.fm



Kuatkan ♥ Ini
Sunday, August 3, 2014 @ 3:12 AM // [1 letters]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Setiap pagi. Saat mata mula celik. Hanya senyum yang mampu terukir dibibir. Kadang aku alpa mengucap syukur. Astaghfirullahalazim. Itu aku. Yang selalu lupa dan leka. Bukan semua, harapnya

Melihat mereka yang hebat. Melihat mereka tabah menyusuri perjalanan sebagai daie/daieyah di medan dakwah. Kekuatan mereka. Kesabaran mereka. Tiada tolok bandingnya. Bicara mereka tentang Islam yang penuh gah. Boleh membisukan mulut-mulut yang berbicara. Menyentapkan hati-hati manusia. Memekakkan telinga dengan kalimah 'Lailahaillallah Muhammadurrasulullah'.

Melihat abang, kakak dan adik yang aku kenal di medan dakwah. Kini sedang berusaha ke stage yang seterusnya. Bahagia. Melihat mereka yang akan melangkah ke SyurgaNya. Teruja. Aku mahu jadi seperti mereka. Yang gigih membawa nama Islam. Tidak kira tempat, masa dan waktu. Yang tidak pernah meletakkan definisi 'jemu' dalam kamus hidup mereka.



Bagaimana dengan diri ini? Adakah suatu masa nanti aku seperti mereka? Ketakutan pada diri. Lenyap hati, hilang jiwa dan mungkin roh ini sesat dakwah pada Islam. Bagaimana aku seandainya itu yang tertulis dalam kitab takdir diri ini?

Tidak. Aku tidak mahu itu yang terjadi. Aku masih mahu berdiri di sini. Untuk Islam. Untuk dakwah. Dan untuk ukhuwah.

Ya Robb, izinkan aku jauh dari takdir itu. Kerana aku tidak mahu selamanya roh ini tersesat.

Tuhan Yang Maha Mendengar
Sesungguhnya engkau mengetahui
Tegarkan jiwa ini untuk berada pada jalanMu untuk selamanya
Jangan biar diri ini tandus dimamah kefuturan
Menjauh dariMu, meminggirkanMu
Kuatkan hati ini wahai Tuhan
Kerana tiada siapa tahu kehidupan hambaMu ini nanti akhirnya
Melainkau hanya Engkau..

Salam alaik,
Kie

← NEWER
OLDER →