Wednesday, February 11, 2015 @ 11:43 PM // [0 letters]
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Aku merasainya
Keperitan
Kesedihan
Kesakitan
Yang pernah kau alami.
Dulu
Aku berlagak sado
Sekarang aku mengerti
Apa yang terbuku dihati kau
Selama itu.
Kini, kau bangkit
Tegak berdiri
Mendongak kelangit
Teruskan langkah
Tak peduli. Kau pergi.
Ingat tak dulu?
Kau pernah berkata
Hidup ini ibarat video game.
Selagi kau ada dalam perlawanan
Teruskan. Survive.
'Game over' bukan penamatnya.
Kau diberi pilihan
Quit atau Restart.
Semuanya terletak ditangan kau.
Selagi controller masih ditangan
Teruskan. Hingga penghabisan
Dunia
Bukan tempat untuk berehat
Selagi kau bernafas
Selagi itu kau belum tewas.
Penat. Bukan alasan.
Berhenti seketika.
Pandang kehadapan.
Dan teruskan perjalanan.
Permainan masih diteruskan.
Tidak berhenti.
Keep survive and move on.
In the name of Allah, The most gracious, The most merciful
Full Biography
• Im Kie.
• Live in Malaysia and proud to be MALAYSIAN.
Pertama dan selamanya aku berterima kasih kepada-Nya kerana memberi ruang dan peluang untuk membuat ruangan ini. Aku hasilkan blog sebenarnya untuk berkongsi ilmu, mencari ilmu dan mengeratkan ukhuwah dan agar suatu hari nanti aku dijemput malaikat maut untuk menghadapNya blog yang sarat dengan perkongsian yang bermanfaat ini dapat sekurang-kurangnya mampu membantu aku di sana. Aku cuma ingin pahala ini terus mengalir menjadi saham akhirat untuk aku. Hanya itu. Biarlah aku lelah kerana ini semua Lillah. Untuk kamu dan kamu terima kasih sudi singgah. Tajdid niat itu. Aku mohon tegur salah dan silapku dengan berhemah dan berhikmah kerana aku juga manusia biasa seperti kamu yang banyak khilaf dan kekurangannya. Semoga blog ini bermanfaat bagi kamu. InshaAllah. Salam ukhuwah fillah.