Aku yakin semua orang pernah melalui kesusahan, kesakitan dan kepayahan. Dan sekrang aku dapat rasakannya. Saya tahu memang agak sakit dan tempat kita mengadu hanyalah pada Allah. Di saat aku perlukan semua orang, semua orang itu hilang entah kemana. Aku cuma perlukan seorang sahabat yang boleh mendengar kisah aku.
Aku bukan mahu menuduh tapi aku pasti itulah kenyataannya. Aku perlukan kata-kata sokongan bukanlah sindiran terus menerus yang boleh 'membunuh' hati dan perasaan aku. Aku kurang pasti. Aku tahu teman-teman aku punya ilmu tinggi, pandai, akhlak yang baik dan sebagainya. Tapi masih kurang mengerti.
Ya Allah sekarang baru aku tahu yang mana satu antara mana sahabat atau lawan. Yang dulunya oernah meluahkan perasaan padaku saat punya masalah. Aku menjadi pendengar setianya tapi disaat aku perlukan sokongan, sahabat yang diharapkan, semua hilang. Kecewa.
Aku bukan minta balasan tapi inikah yang dinamakan 'sahabat fillah'?
Aku rasa mahu menitis air mata aku bila menghadapinya. Saat aku berbicara apa yang aku ingin lakukan untuk semua orang untuk bersama-sama mengadakan bulatan gembira. Tapi dia hanya memberi aku sindiran. Inikah ujian dari-Mu, Ya Allah?
Aku memohon aku sentiasa diberi kekuatan untuk menghadapinya. Aku yakin selepas ini 'engkau' akan lebih bahagia tanpa aku disisi. Aku sentiasa mendoakan kejayaan kamu dunia dan akhirat. Hara kamu tidak terleka. Terima kasih atas segala-galanya sahabat. Aku bertuah kerana mempunyai sahabat seperti kamu. Alhamdulillah. Jalanmu sentiasa diiringi doa daripada aku.
Mungkin ada beberapa perkara yang perlu aku recheck
Niat
Hubungan dengan Allah
Hubungan dengan ibu bapa
Hubungan dengan guru
Hubungan dengan kawan-kawan
Ibadah
Walaupun bukan segala-galanya tapi dengan tawakkal datang juga bersangka baik pada Allah, dan yakin apa pun yang berlaku, InshaAllah semuanya terbaik untuk kita.
Point is, Allah itu Maha Adil. Dan adil tidak bermakna kita dapat apa yang kita mahukan tapi apa yang kita perlukan. Allah juga takkan sesekali membebankan hambaNya luar dari kemampuan mereka.
In the name of Allah, The most gracious, The most merciful
Full Biography
• Im Kie.
• Live in Malaysia and proud to be MALAYSIAN.
Pertama dan selamanya aku berterima kasih kepada-Nya kerana memberi ruang dan peluang untuk membuat ruangan ini. Aku hasilkan blog sebenarnya untuk berkongsi ilmu, mencari ilmu dan mengeratkan ukhuwah dan agar suatu hari nanti aku dijemput malaikat maut untuk menghadapNya blog yang sarat dengan perkongsian yang bermanfaat ini dapat sekurang-kurangnya mampu membantu aku di sana. Aku cuma ingin pahala ini terus mengalir menjadi saham akhirat untuk aku. Hanya itu. Biarlah aku lelah kerana ini semua Lillah. Untuk kamu dan kamu terima kasih sudi singgah. Tajdid niat itu. Aku mohon tegur salah dan silapku dengan berhemah dan berhikmah kerana aku juga manusia biasa seperti kamu yang banyak khilaf dan kekurangannya. Semoga blog ini bermanfaat bagi kamu. InshaAllah. Salam ukhuwah fillah.