Mcjellyz



Hi! Thank you by stepping here :)
Engineer to be, On Allah wills.
 Ummah are here

facebook twitter ask.fm



Air mutlak
Saturday, March 29, 2014 @ 7:21 PM // [0 letters]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum. Memang dah lama aku tak update. Maaf. Bukan aku sengaja tetapi memang aku jarang berada dalam "dunia hujung jari" ini sejak aku bertukar status "pelajar asrama". Apa khabar iman kita? Macam mana perjuangan kita melawan nafsu kita sendiri? berjaya ke kawal? pandu dia ke arah kebaikan? Muhasabah diri. Upgradekan iman kita. Rotatekan dia balik bila berubah arah.Hari ni aku nak kongsikan entry yang cukup untuk bermanfaat dan berkait rapat dengan dunia remaja macam kita. Ini aku ada terbaca di suatu laman untuk dikongsikan dan sekaligus kita dapat mengambil iktibar darinya.

Kisahnya bermula..

Ini nasihat syeikh senior aku yang sekarang berterbangan di bumi anbiya' mencari ilmu Dia. Sebarkan ilmu Dia. Tak pernah berhenti berdakwah.

Sahabat senior aku ni kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita di phone.. *yakni couple* kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati.


Syeikh: Kamu suka dia?

Fulan: Ya syeikh...

Syeikh: Kamu suka tu kamu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk teman hidupmu, menjadi ibu untuk anakmu, menjadi pembantu agamamu?

Fulan: Ya syeikh, dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya..

Syeikh: Bila kamu akan menikahinya?

Fulan: Lepas belajar syeikh. Dalam 3 tahun lagi

Syeikh: Jadi kenapa kamu rosakkan dia? kamu bukan nak menikah sekarang? kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang? Kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab? Bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?Kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia. Dia sukakan kamu bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci? Bukankan cara itu lebih suci?

"Muslimah itu ibarat air mutlak tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab apatah lagi bercouple, wanita itu umpama air musta'mal yang tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci sebagai contoh basuh najis, basuh pinggan, basuh lantai."
Adakah kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?

"Sesungguhnya wanita ini pendek akalnya, nafsu mereka didepankan atas segalanya jika datang lelaki yang ucapkan kata-kata cinta mereka akan mempercayainya melebihinya mereka percayakan Al-Quran sedangkan lelaki itu bertunjangkan nafsu dan syaitan semata."
Allah menciptakan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan merosakkan mereka. Mungkin bagi kamu couple, chatting, on the phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana Allah haramkan kita untuk dekati zina. Dalam makna lain kalau kita masih jauh 50km dari zina, tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah harama. Sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan penuh dengan dosa ina. Apa berbaloi kau bahagia sementara dengan wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?



Wanita itu walaupun akal pendek, tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi. Facebook, Twitter, Internet, phone ini semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda-goda kucing jantan untuk mengawan. Wanita yang berpurdah yang kononnnya wanita paling pemalu kerana menutup muka mereka juga ada yang jatuh dalam pelukan syaitan. Ada yang berpurdah di Fb untuk tatapan juutaan lelaki bukan mahram. Bukankah tujuan berpurdah untuk melindungi muka mereka? Mereka tanpa segan silu bergurau senda tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya. Akal mereka tidak dapat jaga diri mereka bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka. Jadi siapa yang menjaga maruah pada bidadari Rasulullah kalau bukan kamu sang lelaki.
Lindungi wanita kerana lemah sifat mereka. Kamu lelaki adalah pemimpin.

Nasihat syeikh membuat si Fulan menangis dan sedar bahawa bukan bercouple yang terbaik. Cukup dengan doa sebagai pengantaraan untuk mengadu sepuas-puasnya kepada Dia Yang Maha Pencipta.

Salam alaik,
Syakirah A




← NEWER
OLDER →