بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum.
Pandang langit. Seluk tangan dalam tudung
Muhasabah diri.
Kita jadi hamba jangan kita jauhi Dia
Kemana pun kita lari
Allah ekori serapat-rapatnya
Kita yang hina jangan sisihkan Dia
Kemana pun kita sembunyi
Allah ada sedekat-dekatnya.
Memang ada benarnya
Iman turun dan naik
Tapi jangan sengaja biar
Ia jatuh merudum
Bila jatuh dan tersungkur
Bangkit semula
Jatuh lagi
Bangkit dan terus bangun semula.
Kita manusia biasa
Selagi ada nafas
Kita jadi mukmin yang berusaha
Sekalipun puncak iman belum kita genggam
Jangan peduli apa dunia nak kata
Kerana kita memang kejar akhirat Dia.
Allah melihat pada usaha
Bukanlah pada hasil kita
Usaha kita adalah dengan ibadah
Renovate dan upgrade amalan kita
Itu lebih baik
Daripada insan yang berputus asa
Lena dan selesa
Dengan dosa yang tiada langsung
Cita-cita untuk memajukan imannya.
Salam alaik,
Syakirah A.