Mcjellyz



Hi! Thank you by stepping here :)
Engineer to be, On Allah wills.
 Ummah are here

facebook twitter ask.fm



Kehidupan
Friday, June 13, 2014 @ 5:43 PM // [0 letters]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Penat
Aku penat
Melarat
Kadang aku rasakan aku seorang saja
Yang mengalaminya
Seorang sahaja
Yang melakukan segalanya
Walhal aku hanya seorang
Seorang sahaja
Untuk melakukan segalanya
Namun ia adalah kepenatan bahagia
Ia adalah kepenatan yang berharga
Yang membawa gembira.

Gembira
Aku gembira
Terpesona
Melihat hati-hati yang tersentuh
Hati yang tersentuh
Melihatkan kejatuhan ummah
Menyaksikan berkuasanya jahiliyyah
Hati yang tersentuh
Mendambakan bimbingan
Merapatkan saf perjuangan
Alangkah indahnya! Aku disaluti kegembiraan!
Yang kadangkala bercampur kesedihan.

Teruja
Aku teruja
Gempita
Kerana pintu Syurga terbuka luas
Terbuka luas!
Untuk aku beramal bekerja
Membebaskan manusia sebagai hamba
Terbuka luas!
Saham Syurga untung berganda
Mengejutkan manusia yang sedang lena
Tidak kenal erti putus asa
Cuma khuatir kadangkala putus asa.

Syahid
Aku ingin syahid
Mujahid
Mengejar Syurga yang abadi
Yang abadi!
Kerana aku rindu
Aku rindu!
Aku ingin bertemu
Yang abadi!
Ya Allah! Jadikanlah aku
Pejuang obor agamaMu
Mati syahid impian yang satu
Mengejar pelangi, selangit biru.


-Hawa-
← NEWER
OLDER →