Mcjellyz



Hi! Thank you by stepping here :)
Engineer to be, On Allah wills.
 Ummah are here

facebook twitter ask.fm



Terima kasih Ya Allah
Monday, December 24, 2012 @ 2:44 AM // [0 letters]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian :)

19/12/2012 hari yang amat bermakna untuk semua pelajar tingkatan 3 seluruh Malaysia. Hari keputusan PMR keluar. Okay, dua hari sebelum tarikh result diumumkan sya dengan family sya bercuti di Bukit Gambang, Pahang. Pagi Rabu tu baru on the way nak balik. Dalam perjalanan nak balik terus pergi sekolah tu hanya Allah swt sahaja tahu betapa gemuruhnya jiwa raga ni. Mulut ni tak lekang beristighfar bermohon kepada Allah supaya hati ini ditenangkan dan bermohon untuk mendapatkan result that's can make my parents be proud of me.

Tatkala duduk didalam kereta dengan jiwa gelisah, gundah gulana, teringat pulak kawan cina sya ada bagitahu yang kita boleh check result guna SMS. So sya pun dengan hantar lah SMS tu. About 30 minutes macam tu baru dapat replied from Kementerian Pelajaran. Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم

RM0.20 PMR 970522-43-XXXX BD037K054  9A 
Sya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang sya baca. Banyak persoalan yang bermain diminda ketika ini. Adakah betul apa yang yang sya lihat ni? Atau Kementerian tersalah sent SMS? Tatkala itu jugalah air mata sya gugur ke pipi memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt walaupun tidak pasti sama ada perkara ini benar ataupun tidak. Dek kerana tidak pasti, sya tidak memberitahu sesiapa pun tentang keputusan sya ni.

Alhamdulillah, akhirnya dalam pukul 2:15 petang sampai juga aku di kawasan sekolah. Nenek aku bertanya "nak wan ikut tak?" aku dengan lemah menjawab "ikut suka wan lah nak ikut ke tak" kerana aku takut keputusan yang sebenar tidak akan sama dengan keputusan yang terima sebentar tadi. Aku turun dari kereta dan terus menuju ke pejabat sekolah. Ketika itu aku masih beristighfar kepada Allah swt supaya ditenangkan hatiku ini ketika mengambil slip keputusan nanti.

Tiada siapa disekolah, hanya kelibat aci cleaner sedang mengemas tapak perhimpunan. Ketika aku sampai di pejabat sekolah, kerani tu cakap slip keputusan ada di bilik peperiksaan. Aku pun pergi ke bilik guru untuk meminta tolong cikgu mengambilkan slip keputusanku. Cikgu hmm aku tidak pasti namanya hehe suruh aku mengikutinya. Dia bertanyakan aku kelas apa. Aku menjawab, "kelas 3Wafi" Dia pun mencari fail-fail berwarna coklat di atas meja. Akhirnya terjumpa fail yang tertera di atasnya tertulis 3W. Dia membuka dan mencari slip keputusan nama aku. Dia memberinya dan aku menyambut dengan seakan tidak percaya. Alhamdulillah aku mendapat 9A. Bersyukur kehadratNya dengan limpah kurniaNya memberiku keputusan yang sebegini. Aku mengucapkan terima kasih kepada cikgu tersebut dan bersedia untuk beredar. Dia memanggil aku "eh kejap!" aku memusingkan badan "dapat berapa A?" aku menjawab "Alhamdulillah dapat 9A"

Aku berlari mendapatkan nenek aku lalu memeluknya dengan air mata berjujuran mengalir di pipi. Nenek ku mengucapkan tahniah dengan gembira sekali sehingga mengalir air mata. Aku begitu terharu ketika itu. Kami turun ke bawah untuk pergi ke kereta dan pulang ke rumah.

Terima kasih ya Allah atas pemberian yang Kau kurniakan padaku ini. Janganlah kau membuatkan diriku lupa dan lalai dengan diriMu di atas kegembiraan sementara ini. Kau tabahkan hati ku ini untuk menerima dugaan dan cabaran yang datang dariMu untuk mencari keredhaanMu ya Allah. Aamiinn ya rabbal'alamin.


← NEWER
OLDER →